My Victorious Star

My Victorious Star - An Inspiring Journey of A Cerebral Palsy

Sunday, March 20, 2011

Selamat Ulangbulan Yg ke 16, Syabil

Syukur Alhamdulillah di atas segala rezeki dan kurnia yang dilimpahkan ke atas keluarga kami. Syabil pula sudah menjengah usia 16 bulan. Doaku agar Syabil tetap membesar dengan penuh kasih sayang dan dipermudahkan urusannya kelak. Amin...

Alhamdulillah, selepas terapi demi terapi, Syabil menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Kalau dulu Syabil susah nak membalikkan badannya. Nak membuka genggaman tangan pun payah. Sekarang Syabil boleh merangkak ala Komando. Aktif pula tu! Habis satu rumah dipusingnya. Bagai mahu menjelajah kawasan.

Senyuman tak pernah padam dari wajah yang menjadi penawar dukaku. Sangat manja. Suka dibelai, didodoi dan pantang dengar bunyi pintu pagar dibuka. Pasti ditunggu di depan pintu rumah. Nak tengok siapa yang sampai. Siapa tak rasa bahagia bila pintu dibuka, senyuman dari anak kecil yang menyapa kita? Hilang segala tekanan di jiwa.

Hari ini, Syabil dipakaikan dengan baju kuning. Ya, saya suka pakaikannya dengan warna yang ceria. Menaikkan mood bukan? Sekarang pun tak sabar nak balik.

Selamat Ulangbulan yang ke 16 Syabil! Mommy doakan Syabil sihat sentiasa, membesar sebagai anak yang soleh, pintar dan aktif, dikasihi selamanya, dijauhkan musuh, dilindungi daripada gangguan syaitan, jin mahupun sihir, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kelak.

Malam ni kita makan Red Velvet Cupcakes ya, sayang.

6 comments:

  1. Ya Allah aku amat kagum dengan ibu bapa yang diberi dugaan seperti ini oleh Allah..sesungguhnya ko antara yang terpilih oleh Nya untuk hadapi dugaan ini...tidak semua insan sebertuah kau untuk terima hikmah yang tersembunyi ini...sudah tentu ada janjiNya untuk korang sekeluarga...semoga tabah dan semoga Syabil membesar dengan sihat...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. :) selamat ulangbulan syabilyello.

    ReplyDelete
  3. Selamat Ulangbulan Syebillow. Uncle aminkan doa ibu... amin.

    ReplyDelete
  4. AMIN...selamat ulang tahun syabil. Kuatkan semangat dan tabah dlm menghadapi dugaan ini ye kak piah..walau apapun yang terjadi..DIA adalah anugerah yang ternilai. (,")

    ReplyDelete
  5. hmm lama tak jumpa syabil...last jumpa mcm kanak2 normal....geram tgk masa tu huhuh...harap ko tabah dan sabar piah. Dan syabil aunty harapkan syabil sihat dan ceria selalu...:D

    ReplyDelete
  6. Thanks sume,

    Sgt² terharu ngn kata² motivasi daripada korang. Apa yg kami harapkan agar Syabil berpeluang mengecapi hidup seperti kanak-kanak yang lain.

    ReplyDelete