My Victorious Star
My Victorious Star - An Inspiring Journey of A Cerebral Palsy
Sunday, March 27, 2011
Bagaimana ia bermula...
Assalamualaikum semua, Saya rasa dah tiba masanya untuk saya kongsikan bersama bagaimana segalanya bermula. Syabil dikandung selama 37 minggu dan dilahirkan secara normal. Sepanjang dalam kandungan, tiada masalah yang dialami Syabil. Kecuali satu perkara yang membuatkan saya tak keruan sepanjang masa. Ketika usia kandung memasuki 26 minggu, saya dimaklumkan bahawa saiz kepalanya agak besar berbanding ukuran femurnya. Hati ibu mana tidak gelisah. Saya menangis sepanjang perjalanan ke pejabat sebaik selesai check up ketika itu. Mujur ada kawan-kawan yang memujuk dan memberi sokongan. Bahkan ex-boss saya sanggup menelefon mendapatkan maklumat mengenai situasi saya. Selang dua minggu, kami ke Hospital Columbia Asia, bertemu dengan Dr. Raja Juhaidah. Kami mendapatkan 2nd opinion daripadanya. Hasil daripada 3D scan ternyata Syabil tidak ada apa-apa. NORMAL! Alhamdulillah. Kami maklumkan mengenai peristiwa 2 minggu lalu. Dr. Raja meyakinkan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Ketika Syabil dilahirkan, segalanya normal. Syabil seorang bayi yang sihat dan comel. Sepanjang dalam pantang juga normal. Bulan-demi bulan, Syabil membesar dengan sihat dan dilimpahi dengan kasih sayang. Masuk bulan keenam, saya mula perasan yang dia tidak boleh membalikkan tubuhnya. Kempunan hati ini nak melihat dia bergolek-golek. Saya mula mencari maklumat. Tapi gagal sebab saya tak tahu apa-apa masa tu. Saya bawa berjumpa dengan paediatrician. Katanya, saya tak perlu risau. 'He's only six months old. Some babies are just late bloomers. Wait till he's 10mos old then we can have him checked', katanya. OK saya terima. Bulan ketujuh. Tiada perubahan. Bulan kelapan dan kesembilan. Juga tiada perubahan. Genap 10 bulan saya nekad. Saya nak tahu apa sebenarnya yang tidak kena dengan Syabil. Saya bawa ke Hospital Columbia Asia. Syabil diperiksa oleh Dr. Cheok. Beliau mengklasifikasikan kes Syabil sebagai GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY. Apa tu? Kata hati saya. Secara terjemahan saya faham. Tapi secara keseluruhan memang saya ada zero knowledge. Syabil dirujuk ke Dr. Rajini dari Sunway Medical Centre yang merupakan Developmental Paediatrician. Senang saja nak mendapatkan appointment daripadanya. Allah permudahkan urusan kami. Di situ Syabil menjalani beberapa ujian. Hmm..tak ingat pulak terms nya. Yang pasti I just want to know what's wrong with my child. Hasil ujian tersebut Syabil telah disahkan mengalami GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY yang mana kadar pertumbuhan motornya adalah sekadar 3 bulan. OK, that is something. Dr. Rajini memberikan kami alternatif sama ada untuk meneruskan terapi di Sunway Medical Centre atau pun merujuk ke Prof Dr Juanita dari PPUKM. Memandangkan kos mungkin menjadi isu, kami mengambil jalan selamat. Kami ingin teruskan di PPUKM. Pertemuan kami dengan Prof Dr Juanita juga memberikan keputusan yang sama. Syabil diberi senarai temujanji yang agak panjang untuk diberi ujian dan terapi. Ini termasuklah MRI scan, blood test and chromosome test. Ini termasuklah Occupational Therapy (OT), Speech Therapy (ST), Physical Therapy (PT), Hydro Therapy (HT), Audiology and Eyes. Kasihan Syabil, baru setahun dah banyak appointment dia kene attend. Selesai semua check ups dan terapi barulah bertemu semula dengan Prof Dr. Juanita. Hmm, setakat ini dulu la ye. Nanti sambung cerita tentang terapi Syabil pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
بسم الله الرحمن الرحيم
ReplyDeletesemoga yang tertanggung tidak terbeban.